Perwatakan Senapang patah

Senapang patah Winchester M1897, salah satu reka bentuk senapang patah aksi-pompa yang sukses.Selongsong / shell peluru senapang patah 12-tolok untuk berburu.

Senapang patah dapat ditemui dalam pelbagai bentuk, dari yang sangat kecil sehingga sangat besar seperti senapang galah, dan juga dari hampir setiap jenis mekanisme operasi senjata api. Perwatakan umum yang membuat senapang patah unik adalah penggunaan peluru-peluru gotri. Ciri-ciri khas dari senapang patah juga penggunaan selongsong, peluru berbentuk silinder yang relatif pendek lebar yang berisikan gotri-gotri yang ditembak, dan beroperasi pada tekanan yang relatif rendah.

Di Amerika Syarikat, peluru untuk senapang patah disebut shotgun shells, shotshells, atau hanya shell. Di United Kingdom, cartridge adalah nama umum pelurunya.

Gotri-gotri tersebut biasanya ditembak dari laras smoothbore; jenis lainnya adalah slug barrel (laras peluru-gotri), yang menembak satu projektil sahaja yang lebih tepat (walaupun beberapa peluru-gotri juga dapat ditembak menggunakan senjata smoothbore).